HAFANA

HALAMAN UTAMA

KADAR ANTIOKSIDAN KOPI SUMAC

Antioksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.

APA ITU SUMAC?

Tahukah anda, sumac juga dikenali dengan beberapa ejaan lain seperti sumach, sumak, soumak, atau sumaq ini dijejaki etimologinya daripada Perancis Lama, Bahasa Syria atau سماق (summāq) yang bermaksud ‘merah’.

Rempah ini terkenal di Timur Tengah, Afrika, dan Amerika Utara.

Ia mempunyai rasa yang masam seakan lemon dan sering digunakan dalam masakan.

PERBEZAAN ANTARA SUMAC MERAH & SUMAC HITAM

Sumac Merah merupaka sumac yang asli yang mana hanya ‘berry’ sumac sahaja yang diambil. Sumac ini biasanya dijual dengan harga yang agak mahal berbanding sumac hitam. Sumac Merah ini mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan.

Sumac Hitam pula merupakan serbuk sumac yang palsu. Hal ini kerana sumac hitam dikisar bersama batang sumac dan menyebabkan warnanya menjadi hitam. Sumac Hitam ini dijual pada harga yang agak murah berbanding sumac Merah (asli).

Shopping Cart