KENALI HAFANA

SEJARAH HAFANA
HAFANA mula di bangunkan sejak tahun 2008. HAFANA dibangunkan sendiri oleh Encik Farizan Bin Zakaria atau lebih dikenali dengan nama ‘glamour’ PAK LONG HAFANA. Beliau membanting tulang dalam mendirikan empayar HAFANA bersama keluarga tercinta. Pada peringkat awal, HAFANA hanya menghasilkan produk makanan harian seperti rempah ratus, tepung goreng dan sebagainya untuk pasaran sendiri sahaja.
Bermula dengan kecil-kecilan, HAFANA mula mendapat perhatian beberapa usahawan lain yang berminat dengan produk keluaran HAFANA. Sekitar tahun 2015 HAFANA mengorak langkah setapak lagi dengan menawarkan produk kepada usahawan lain untuk di jenamakan semula dengan jenama mereka sendiri.
Setelah beberapa tahun bertatih sendirian, HAFANA kini setapak lagi melangkah kehadapan dengan langkah yang lebih serius untuk terus maju seiring dengan matlamat yang telah di sasarkan. HAFANA hari ini beroperasi di empat buah premis kilang di Kompleks Perniagaan Taman Kasih.
VISI
Menjadikan HAFANA Sebagai Jenama Produk Muslim Berpengaruh di Peringkat Antarabangsa.
Peneraju Dalam Industri Kontrak Pengilangan (OEM) untuk Produk Makanan, Minuman dan Kosmetik.
MISI
Menjadikan Produk-Produk Keluaran HAFANA Sebagai Pilihan Utama Rakyat Malaysia.
Menjalan RND Produk-Produk yang Berkualiti Tinggi Memenuhi Piawaian yang Ditetapkan.
HAFANA MEMPROSES DARI BAHAN MENTAH SEHINGGA TERHASILNYA PRODUK





Previous
Next
KILANG HAFANA TELAH MENDAPAT PENGIKTIRAFAN MESTI DARIPADA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
